TIPS JOBSTREET: BAHAGIAN 1

buat duit online

Selamat datang kepada semua graduan dan pencari kerja! Hari ini Kak Min ingin berkongsi dengan anda tentang JobStreet. Kebanyakan orang memang menggunakan platform ini untuk mencari peluang pekerjaan. Sebenarnya banyak lagi platform pekerjaan di luar sana seperti JORA, INDEED, NEUVOO dan lain-lain.


Entri kali ini khas Kak Min nak story telling mengenai JobStreet. Fokus ke fokus tu? Hee
Kepada yang belum SIGN UP lagi, boleh daftar dulu di JobStreet.com untuk buka akaun anda dan mula menggunakan JobStreet.
Dah create account?
Let's get started!


Hidup bukan untuk cari duit semata-mata tetapi kita perlukan duit untuk hidup. Setuju ke setuju? :)

Klik pada MyJobStreet > My Profile > Edit:

EXPERIENCE (PENGALAMAN)

Column pertama yang anda akan lihat adalah ruang pengalaman (EXPERIENCE). Jadi, pilih yang bersesuaian dengan anda.

Fresh Graduates : Seeking my first job
Part Time/Internship : I am a student seeking internship or part-time jobs
Job Seekers : I have been working since [YEAR]


Hmm... Saya ni fresh grad..
Pengalaman kerja tu macam takde je. Macam mana ya?


Ni Kak Min nak storyyy sikit. Ramai budak fresh graduates yang tak tahu pun yang SEBENARNYA anda BOLEH LETAKKAN PENGLIBATAN semasa zaman universiti di ruangan EXPERIENCE ini.

Contoh:
1. Pengalaman praktikal (internship)
2. Kerja part time
3. Aktiviti sukarelawan (volunteering)

EDUCATION (PENDIDIKAN)

Column kedua yang anda akan lihat adalah EDUCATION. Pilih DUA kelayakan tertinggi.

Contoh:
1. Matrikulasi/Asasi/Diploma + Degree
2. Sijil + Diploma
3. Program pertukaran pelajar (Kalau nak tambah, boleh aje!)

SKILLS (KEMAHIRAN)

Seterusnya, bahagian kemahiran. Terdapat tiga kategori iaitu beginner, intermediate dan advanced.
Untuk bahagian Advanced hanya untuk official certificate yang anda peroleh. Contohnya anda mendapat pengiktirafan sijil dalam JAVA. Maka, anda boleh masukkan ke dalam bahagian Advanced!

LANGUAGE (BAHASA)

1. Bahasa Malaysia
2. English
3. Mandarin/Other languages : Masukkan bahasa lain yang anda telah pelajari selain English dan Bahasa Malaysia

OHHOI JELA!

Bila dah buat akaun JS ni, sangatlah RUGI kalau tak buat JELA. Tahu tak JELA tu apa?

JELA : JobStreet English Language Assessment


Jangan risau sangat! JELA ni tak sesusah MUET pun. Sangat simple!

Pastikan JELA ini VISIBLE di akaun anda (lagi-lagi markah yang anda peroleh itu memuaskan)

KENAPA PENTING?

1. Majikan dapat mengenalpasti kebolehan penggunaan Bahasa Inggeris anda

Boleh tak saya nak ambil JELA lebih dari sekali kalau markah saya tak berapa okay? YA, BOLEH. Tapiiii kena tunggu lagi 3 bulan untuk retake JELA ni

ADDITIONAL INFO (MAKLUMAT TAMBAHAN)

Expected Salary

Ramai yang alamak nak letak berapa gaji ni? (Anda pun sama kan tak pasti nak letak berapa. Hee)
Salary range yang disarankan adalah RM2300 hingga RM2600 (degree holder). Kalau bidang IT/Finance/Accounting selalunya kadar gaji adalah lebih tinggi.

Preferred work

Sekiranya anda sedang mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur tapi berada di Johor?
Letakkan location anda: Kuala Lumpur, Johor

Begitu juga dalam resume. Orang HR akan lihat alamat terkini anda sekiranya berbaloi atau tidak untuk memanggil anda hadir untuk sesi temuduga. Sekiranya anda tinggal jauh tapi willing to relocate (pindah ke tempat yang lebih dekat dengan tempat kerja) sila nyatakan sekali dalam resume.

Other Information

Anda boleh letak informasi yang berkait seperti:

  • MUET/IELTS result
  • Courses and Subjects Taken

ABOUT ME (IT'S ALL ABOUT YOU)

Pastikan anda isi butiran peribadi anda selengkapnya:

  • Name
  • Gender
  • Contact Number
  • Email
  • Address
  • Date Of Birth
  • Nationality

Uploaded Resume

Pastikan resume anda dalam format PDF ya! Kalau bukan, tolonglahhh convert file tu dulu

  • Latest updated resume (1-2 pages)

Privacy Setting

  • Searchable with contact details
  • Jangan ubah kepada NOT SEARCHABLE ya!
  • Dah habis setup profile? KLIK 'PREVIEW PROFILE'

==========================
Sneakpeak TIPS JOBSTREET: BAHAGIAN 2:
==========================

  • Perbezaan guna JobStreet melalui phone dan laptop?
  • Limit permohonan JobStreet setiap bulan
  • Berbaloi ke pakej Priority dekat JobStreet?
  • Confidential company tu apa?
  • Apa perbezaan antara Direct Application dengan Recruitment Firms?
  • Pitching : Cara Pickup Line Bakal Majikan Anda
  • Tips Memburu Kerja : Cara untuk Dapatkan Profile Views yang lebih banyak!

Tunggu entri seterusnya dari Kak Min! 

Sharing is Caring and Happy Job Hunting everyone!

TIPS JOBSTREET: BAHAGIAN 1 TIPS JOBSTREET: BAHAGIAN 1 Reviewed by Kerja Kosong on March 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.