TIPS JOBSTREET : BAHAGIAN 2


Hai semua! Kak Min agak sibuk sedikit sejak kebelakangan ini. Kepada yang belum baca lagi Tips JobStreet: Bahagian 1, boleh klik di bawah ni ya:
TIPS JOBSTREET: BAHAGIAN 1

Perbezaan menggunakan JobStreet melalui phone dan laptop?

Mungkin ramai yang tidak tahu feature JobStreet ada sedikit berbeza sama ada penggunaan melalui phone mahupun laptop.

Kak Min paling suka menggunakan JobStreet melalui laptop kerana lebih mudah.
Penggunaan melalui phone pula anda tidak dapat melihat fungsi 'Direct Application' dan 'Recruitment Firm'.

Sesetengah permohonan kerja tidak boleh dimohon menggunakan mobile. Maksudnya anda hendaklah menggunakan komputer untuk memohon kerja tersebut (sekiranya anda takut terlepas pandang yang mana satu, boleh save job terlebih dahulu)

Limit permohonan JobStreet setiap bulan?

Adakah anda tahu berapa limit permohonan kerja untuk setiap individu di JobStreet?

Kak Min yakin rata-rata tidak pasti atau pun langsung tidak tahu yang JobStreet memang ada limit permohonan ya. Satu popup akan muncul setelah anda memohon permohonan yang ke-100! Kenapa ada reminder?

Hanya 200 permohonan sahaja diberikan setiap bulan. Jangan risau! Anda pasti tidak akan guna lebih dari 200 ini. Kak Min sendiri permohonan paling tinggi ialah 110 permohonan (bulan Februari)


Berbaloi ke Pakej Priority dekat JobStreet tu?

Setiap orang ada preference masing-masing. Mungkin anda ada duit lebih untuk beli pakej Priority. Kalau tak silap Kak Min, pakej Priority harganya RM70. Setelah tamat tempoh, anda boleh renew lagi pakej ini jika anda mahu. 

Best Sangat ke Pakej Priority ni?

Okay Kak Min nak cerita serba sedikit pengalaman mengenai semak permohonan calon di JobStreet. Yang bestnya, sesiapa yang menggunakan pakej ini akan terpapar profile di muka surat pertama. 

Org HR lah yang akan semak profile calon-calon yang bersesuaian dengan jawatan yang diiklankan secara manual. Ya, manual. 

Di sini, Kak Min nak ingatkan hanya 12 orang yang dapat merebut peluang di muka surat pertama. 

Sekiranya ada 60 orang menggunakan pakej Priority macam mana?
Maksudnya 5 muka surat pertama akan dihiasi dengan calon-calon pakej Priority.

Faham kan sekarang?

Kak Min sendiri tidak menggunakan pakej Priority ini dan menggunakan taktik lain untuk memikat hati orang HR. Hehe. Nak tahu? Baca entri ini sampai habis okay.
Pastikan sekiranya anda ingin melabur RM70 untuk pakej priority ini, resume anda mestilah kemas dan menarik. Bagi yang nak berjimat cermat, tak perlu beli pakej ni pun okay. 

Jangan resume anda sendu dengan segala ejaan salah, grammarnya tunggang langgang. Orang HR ni rata-ratanya mementingkan semua aspek dalam resume. Resume anda melambangkan attitude anda! Senang je nak scan perangai orang macam mana kan. Pastikan resume anda dikemas kini ya!

Apakah Perbezaan antara Direct Application dengan Recruitment Firm?

Direct Application merupakan permohonan secara terus kepada syarikat tersebut. Orang HR yang akan iklankan jawatan kosong di JobStreet.

Direct application ternyata lebih senang tetapi memakan masa yang agak lama untuk orang HR syarikat tersebut memproses dan shortlist nama-nama calon yang sesuai.
Recruitment Firm pula merupakan agensi pekerjaan.

Apa fungsi recruitment firm ni?
Sebagai intermediate atau orang tengah antara pemohon dan syarikat

Tapi tiada apa yang percuma dalam dunia ni. Perbezaan ketara antara direct application dan recruitment firm ialah caj yang dikenakan kepada pemohon.

Ha! Tolong ambil berat tentang yang ini. Jangan kata eh kenapa tolak gaji saya, saya tak tahu pun!

Ni tanggungjawab anda untuk tanya kepada recruiters. Mereka bukan bekerja secara percuma ya. Mereka selalunya akan dapat komisyen dari pemohon dan juga syarikat (contoh: annual charge fee)

Confidential company? 

Anda WAJIB nampak Confidential Company di JobStreet bukan? Haha! Mesti di dalam fikiran anda:

Eh apa benda confidential company ni? Seramnya. Nama syarikat tak diletak dalam iklan kerja tersebut
Kak Min tidak menyarankan anda memohon kerja di bawah Confidential Company. Agak berisiko. Terdapat beberapa sebab kenapa Confidential Company digunakan: 

1. Recruiters
2. Syarikat yang mempunyai reputasi yang teruk (turnover rate tinggi)
3. Syarikat fraud/scam

Terpulang pada anda. Macam Kak Min sendiri tak suka berteka teki terutamanya semasa memohon kerja. Yela kan, kita mestilah nak tahu syarikat apa yang kita akan kerja nanti. Kak Min pula selalunya sebelum menghadiri sesi temu duga akan semak website rasmi syarikat tersebut, latar belakang syarikat dan lain-lain. Hati-hati dengan syarikat yang diragui (scam/fraud) kerana syarikat sebegini akan cuba memerangkap seramai mungkin graduan (kerana peluang pekerjaan semakin kurang, syarikat sebegini akan cuba mengumpan dengan $$$. 

Contohnya: RM4000-RM5000 gaji bulanan. Too good to be true guys. Kecuali kerja tersebut berdasarkan commission based - Anda memang kena struggle lah buat sales!)

Pitching: Cara Pickup Line Bakal Majikan Anda

Mari jimatkan RM70 dengan satu taktik yang Kak Min akan kongsikan khas untuk anda.
Perasan ke tidak yang adanya PITCHING semasa memohon kerja di JobStreet?


300 characters sahaja yang dibenarkan dalam pitching anda. Make it short and sweet ya!
Kak Min bagi contoh-contoh pitching yang anda boleh guna dalam pitching anda:

Contoh 1:
A degree holder in BBA Management and Entrepreneurship who is willing to give her best shot to learn new skills. If your company is looking for potential employee with good attitudes, please count me in. My notice period is 2 months.
Contoh 2:
A fresh graduate in BBA Management and Entrepreneurship who is seeking for her first job. If your company is searching for talented candidates, I would be glad to be part of your team. I am available immediately. 
Contoh 3:
A multi tasker who is passionate in Human Resource field. If your organization is looking for a fresh talent, please review my resume. I am available immediately.

Kenapa Pentingnya Pitching?

Pitching ini dianggap sebagai satu taktik untuk menarik perhatian HR/Recruiters untuk membuka profile anda. Kalau pitching anda nampak menarik (nampak usaha anda untuk menulis kan?), pastinya peluang untuk bakal majikan membuka profile anda itu TINGGI. Buktinya ada di bawah berdasarkan pengalaman Kak Min sendiri.

Tips Memohon Kerja: Cara untuk Dapatkan Profile Views yang lebih banyak





Bukti di atas merupakan antara profile views JobStreet Kak Min. Kalau anda praktikkan tips yang Kak Min kongsikan, tidak mustahil anda juga akan lebih senang untuk mendapatkan profile views yang lebih banyak.

Ada 5 tips ringkas yang Kak Min nak share:

Tips #1: Resume

Pastikan resume dalam 1-2 muka surat sahaja. Pastikan warna yang digunakan dihadkan kepada 3 warna sahaja. Jangan meriah sangat ya!

Pastikan juga details dalam resume anda tersusun dan kemas. Hal ini akan memudahkan orang HR untuk screening resume anda dengan mudah kerana sesetengah jawatan mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan

Tips #2: Alert dengan job vacancies

Pastikan anda peka dengan jawatan kosong yang diiklankan. Semakin cepat anda memohon, semakin meningkat peluang untuk dipanggil temuduga. Orang HR juga manusia. Pada awalnya memang senang untuk tapis calon-calon bagi satu-satu jawatan. Sekiranya terlalu ramai yang memohon, orang HR tidak akan lihat semua profil calon yang ada ya. 

Tips #3: Mohon jawatan kosong yang bersesuaian dengan bidang dan pengalaman

Anda disarankan untuk memohon jawatan kosong yang bersesuaian dengan bidang anda ataupun berdasarkan pengalaman yang anda ada (internship/part-time/full time/temporary).

Kebanyakan syarikat akan lebih memandang calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang dimohon. Sesetengah syarikat akan cenderung untuk memilih calon yang berpengalaman untuk menjimatkan masa (tak perlu training) dan kos. Apa yang penting? Dapatkan lebih banyak temuduga untuk asah cara berfikir dan berkomunikasi. 

Tips #4: Tulis pitching 

Kak Min dah kongsikan contoh pitching yang sesuai digunakan seperti yang diceritakan di perenggan sebelum ini. Anda boleh olah mengikut kesesuaian ya. Sharing is caring!

Tips #5: Lihat JobStreet (2-3 kali sehari)

Pastikan anda selalu stalk JobStreet 2-3 kali sehari. Ada jawatan kosong yang baru diiklankan dan bersesuaian dengan anda, cepat-cepatlah mohon ya.

Rezeki ada di mana-mana. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit. 

Selamat memburu kerja!
Baca, hadam dan mohon lebih banyak jawatan kosong!
Mantapkan kemahiran berkomunikasi anda
Jangan pernah putus ada :D
#sharingiscaring

TIPS JOBSTREET : BAHAGIAN 2 TIPS JOBSTREET : BAHAGIAN 2 Reviewed by Kerja Kosong on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.