LATAR BELAKANG KAK MIN!

zon cari kerja, kerja kosong, cari kerja

Ehem hai semua!
Kepada semua pembaca blog dan juga yang baru mengintai blog baru Kak Min ni, WELCOME to ALL!

Selamat datang kepada semua! Kak Min pasti yang menjenguk blog ini rata-ratanya merupakan graduan yang baru habis belajar a.k.a Fresh Graduates, lepasan SPM sambil menunggu tawaran nak sambung belajar, yang sedang mencari kerja part time malah yang sudah ada kerjaya tetapi mahu menukar kerjaya sedia ada (career improvement).

Nama sebenar Kak Min dirahsiakan. Hehe! Kak Min juga merupakan seorang fresh graduate dari sebuah universiti swasta di dalam bidang Management and Entrepreneurship (Haip jangan google eh universiti mana yang ada course ni. haha!) dan baru tamat belajar pada Disember 2017.

Macam Mana Boleh Terjebak dengan Bidang HR (Human Resources) ni?


Bidang belajar dengan bidang kerjaya sedikit berbeza. Semasa zaman universiti, Kak Min belajar 1 subjek sahaja yang berkait dengan HR iaitu Human Resources Management. Itupun semasa short semester ya. haha! Very short and sweet.

Ketika itu, tidak terfikir nak terjebak secara langsung dengan HR. Walau bagaimanapun, pemikiran Kak Min berubah ketika sedang mencari internship placement di kawasan Kuala Lumpur. Fuhh dah la dapat tempoh praktikal bulan Julai, rata-rata syarikat dah mengambil pelajar praktikal untuk sesi Jun. Kak Min pun struggle la nak cari internship placement. Akhirnya, Kak Min pergi interview di 1 syarikat berhampiran KL Sentral (elaun internship pun not bad RM800) dan terletak berhampiran dengan LRT dan KTM.

Kak Min dapat juga tawaran internship dari pihak Petronas ICT tapi lambat sangat dapatnya (sebulan selepas internship bermula). Ada hikmah di sebalik semuanya. Kepada adik-adik di luar sana, CGPA bukanlah penentu segalanya.Kerana apa? TERLAMPAU RAMAI yang result gempak di luar sana. Ada yang CGPA 4.0 tapi tak dapat kerja. Itu nanti Kak Min cerita di entri lain okay.

Pengalaman internship lebih kurang 5 bulan di syarikat tersebut membuatkan Kak Min rasa:


zon cari kerja, kerja kosong, cari kerja

"Oh aku dah jumpa forte aku!"
"Inilah yang aku cari selama ni"
"Aku tak sangka aku boleh multitasking selama internship 5 bulan ni"
"Aku beruntung dapat boss a.k.a supervisor yang tidak lekok berkongsi ilmu HR dengan aku (including chess. Dia memang pro main chess beb!)"

Pesanan Kak Min:

Percayalah segala pahit manis dalam hidup mengajar kita untuk lebih tabah dan matang. Sewaktu internship belajarlah sebanyak mana yang boleh. Kelak ilmu yang kita belajar sendiri (hands-on) sedikit sebanyak membantu kita mempersiapkan diri untuk dunia kerjaya. Jangan hairanlah ada yang belajar tinggi-tinggi tetapi nak photostat atau fax dokumen pun tidak reti (perkara basic ni).

Don't brag for what you've achieved. Read more. Learn more. Perjalanan hidup kita masih panjang.

p/s: Yang dah dapat kerja tu, sekiranya ada peluang kerjaya yang ada boleh la berkongsi dengan mereka yang masih mencari kerja. Tak salahkan kita tolong orang ni. Besar pahala. Hehe.

Moga bertemu lagi di coretan yang lain. Sekiranya ada cadangan/topik/tips yang anda ingin Kak Min tulis dalam blog ini, boleh bagi komen di bawah atau bagi mereka yang malu-malu kucing tu, boleh gunakan ruangan kotak (Ada Apa yang Boleh Kak Min Bantu?) di bawah ini. Jangan lupa sertakan sekali email dan message anda ya!

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW FB Page: Zon Cari Kerja untuk tips kerjaya dan jawatan kosong terkini!

Till we meet again!
- Kak Min -
LATAR BELAKANG KAK MIN! LATAR BELAKANG KAK MIN! Reviewed by Kerja Kosong on August 13, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.